Monday, April 13, 2009
Mengembang pasaran ...
XanGo rancang buka pejabat di lima negeri
KUALA LUMPUR 12 April - XanGo LLC, (XanGo) syarikat jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) jus manggis, bercadang membuka pejabat di luar kawasan Lembah Klang tahun ini, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya.
Pengurus Besar Asia Tenggaranya, Tai Tolman berkata, pihaknya berhasrat membuka pejabat di Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu dalam usaha meningkatkan penguasaan pasaran.
Katanya, usaha peluasan berkenaan bakal menjadikan syarikat produk tunggal itu, salah satu MLM terbesar di negara ini selain meningkatkan operasi eksportnya.
“Kami mahu membangunkan produk di sini terlebih dahulu sebelum mengembangkan perniagaan secara agresif di negeri-negeri lain walaupun sudah dua tahun beroperasi di Malaysia.
“Buat masa ini, pelbagai aktiviti termasuk pameran bergerak dan seminar sedang dilaksanakan di bandar utama melalui pusat pengedaran yang ditubuhkan di negeri-negeri berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
XanGo yang diasaskan pada tahun 2002 berpengkalan di Lehi, Utah, Amerika Syarikat (AS) mengedarkan jus manggis yang juga diberikan jenama XanGo sebagai makanan tambahan.
Buah manggis yang diberi jolokan ‘Permaisuri Segala Buah’ oleh rakyat tempatan atau nama saintifiknya Garcinia mangostana merupakan bahan utama dalam jus XanGo yang diperkenalkan di Malaysia pada 28 Jun 2007.
Botol bersaiz 750 mililiter (ml) yang dipakejkan dalam botol elegan dipasarkan sebagai minuman premium dan dijual secara eksklusif menerusi MLM.
Menurut Tolman, XanGo bertumpu terhadap Malaysia kerana ingin mempunyai kehadiran di negara ini sebelum meluaskan perniagaan ke Indonesia dan Thailand.
Kami menjadikan Malaysia sebagai pusat Asia Tenggara kerana ia merupakan pasaran logistik yang menarik selain rakyatnya yang fasih dalam pelbagai bahasa.
“Ini bukan sahaja produk dan jenama yang bagus malah cara terbaik bagi menjana pendapatan bagi orang ramai khususnya pengusaha tempatan dan juga adalah hasrat pengasas untuk beroperasi di sini memandangkan Malaysia adalah tempat asal penemuan jus ini,” katanya.
Beliau memberitahu pengasas XanGo iaitu Joe Morton mulai menemui khasiat manggis yang kaya dengan fitonutrien (zat daripada tumbuhan) iaitu, xanthon yang bertindak sebagai anti-oksida ketika bertugas di Malaysia pada 1997.
Menerusi pemerhatian, Morton mendapati bahawa kulit, batang dan isi manggis digunakan turun temurun sebagai ubat tradisional untuk luaran dan dalaman tubuh badan manusia, katanya.
Menurutnya, jualan bagi bulan pertama sejak ia dilancarkan di Malaysia telah mencecah AS$1 juta (RM3.6 juta) dan mencatat pertumbuhan sebanyak 238 peratus sepanjang dua tahun beroperasi di Malaysia.
“Pertumbuhan yang luar biasa XanGo dalam industri MLM disokong oleh kualiti unik produknya.
“Produk ini hanya dieksport selepas buah manggis yang dipetik dari tanaman di sekitar Asia Tenggara, dipuri dan dibekukan serta merta sebelum dihantarkan ke AS untuk dikilangkan menggunakan teknik yang melibatkan 220 langkah pemprosesan,” jelas beliau.
Jus XanGo, campuran puri manggis dengan pati jus lapan buah-buahan yang lain termasuk epal, pear, anggur, beri biru, raspberi, strawberi, kranberi dan ceri dijual pada harga RM140 sebotol.
Sunday, April 5, 2009
Maklumat Pengambilan XanGo® 750ml
| ||
| ||
|
Cara Pengambilan Jus Buah Manggis XanGo®750ml
Nota: Disyorkan oleh doktor-doktor supaya pengambilan jus manggis selama 90 hari. Ini kerana 90 hari merupakan tempoh terpendek percubaan untuk seseorang yang menggunakan manggis sebagai rawatan therapeutic untuk simptom-simptom penyakit kronik.
PERATURAN MEMINUM JUS BUAH MANGGIS
SESUAI DIMINUM OLEH SEMUA (TANPA HAD UMUR)
UNTUK PENCEGAHAN / SIHAT
1 auns (30 ml) x 1 kali sehari,
Diambil selepas makan dan diikuti dengan meminum air yang banyak.
UNTUK YANG MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN
1 auns (30 ml) x 2 - 3 kali sehari,
Diambil selepas makan dan diikuti dengan meminum air yang banyak.
UNTUK MASALAH KANSER TAHAP 4
1 Botol Jus (750 ml) x 1 hari – selama 21 hari
Diambil selepas makan dan diikuti dengan meminum air yang banyak.
NOTA: Buah Manggis adalah anti-kanser yang hebat.
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah:-
½ sukatan (15 ml) pagi dan ½ sukatan (15 ml) malam
Diambil selepas makan dan diikuti dengan meminum air yang banyak.
Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah:-
Ambil 1 sukatan 2.5 ml pagi dan 1 sukatan 2.5 ml malam
Diambil selepas makan dan diikuti dengan meminum air yang banyak.
Ibu-ibu Yang Mengandung
1 auns (30 ml) x 3 kali sehari,
Diambil selepas makan dan diikuti dengan meminum air yang banyak.
NOTA: Jus ini tidak disyor kepada ibu-ibu mengandung yang mempunyai sejarah masalah serius semasa mengandung.
Sekiranya berlaku ‘tindakbalas’, selepas anda minum jus ini, anda tidak perlu takut atau bimbang, kerana ia tidak akan memberi apa-apa kesan sampingan terhadap diri anda… Anda dinasihatkan supaya meminum jus ini berterusan sehingga anda berasa lega atau anda boleh mengurangkan jumlah pengambilan untuk sementara waktu dan disambung kembali sehingga masalah penyakit dapat di atasi. Kesan-kesan tindakbalas sementara hanya pada sesetengah orang sahaja seperti berasa pening-pening, mengantuk, ketidakselesaan, sakit kepala ringan, sakit pada otot, masalah perut, cirit-birit, dan gangguan tidur. Perkara ini hanya ‘sementara’ sahaja, dimana proses pembuangan toksid dalam badan dan penyesuaian jus ini dengan badan anda. Teruskan meminum jus, ia akan kembali normal dan kesihatan bertambah baik. |
NOTA:
- Pengambilan secara berlebihan jus ini bagi setiap lapisan umur TIDAK akan mendatangkan masalah kerana meminum jus ini sama seperti meminum jus buah-buahan yang lain. Buah Manggis mempunyai KHASIAT yang hebat – XANTHON
- Sekiranya anda sihat, jus ini boleh dijadikan amalan sebagai pencegahan daripada penyakit. Manggis adalah anti-oksidan yang hebat.
- Disyor mengambil sebanyak 3 kali (30 ml x 3) sehari sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan.
- Apabila masalah kesihatan anda telah beransur pulih, anda boleh kurangkan jumlah pengambilan jus ini.
- Sekiranya masalah penyakit tidak menunjukkan sebarang tindakbalas terhadap jus ini, rawatan lanjut dengan pakar perubatan adalah diperlukan.
- Sekiranya anda telah mengambil ubat-ubatan dari hospital, maka anda mesti teruskan pengambilannya; di samping meminum jus ini kerana ia tidak mendatangkan masalah. Setelah terdapat pengurangan masalah penyakit anda, maka pengurangan jumlah pengambilan ubat-ubatan secara beransur-ansur boleh dilakukan dengan nasihat pakar perubatan anda. Teruskan pengambilan jus ini.
Ketetapan waktu/masa pengambilan jus ini – pagi, tengahari dan malam adalah penting. - Apabila keadaan memerlukan, jus ini boleh digunakan secara luaran seperti disapu pada masalah fungus dan ulser pada kaki, kulit dan kencing manis.
Goncang dahulu botol dan sebatikan mendapan sebelum minum. Simpan jus ini dalam peti ais atau di tempat yang tidak panas (redup).
Mengenali Xango ...

- Produk diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 4 Mei 2004. XanGo adalah syarikat yang “PERTAMA” memperkenalkan jus supplement buah manggis yang “asli” untuk dipasarkan ke seluruh dunia. Sehingga kini, pasaran jus ini telah memasuki 23 buah negara.
- Jus Buah Manggis yang asli dan semulajadi menggunakan puri keseluruhan buah manggis iaitu Kulit, Isi dan Biji. Kaya dengan Catechins, Proanthocyanidins, Polysaccharides. Flavonoids, Polifenol dan Xanton yang berkuasa. Mengandungi pelbagai vitamin-vitamin yang lain.Buah-buah manggis yang dibuat jus ini diambil dari negara-negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam, Malaysia dan Filipina.
- Bentuk biosedia yang lebih baik berbanding kapsul dan tablet.
- Selamat untuk semua peringkat umur -- dewasa, remaja dan kanak-kanak.
- Tiada kesan sampingan (No Medical Claims)- TERBUKTI BERKESAN.
- Produk yang berkualiti dan lulus beratus-ratus ujian mutu.
- Lulus semua piawaian makanan dan kesihatan antarabangsa.
- Pelaksanaan CGMP dan ISO 9001 : 2000.
- Minuman berkhasiat yang lazat.
- Syarikat XanGo® LLC, berdaftar dengan kerajaan Malaysia.
- XanGO LLC dan rakan kongsinya, WILD FLAVOR adalah pengeluar minuman khasiat No 1 di dunia.
- Produk yang dijamin HALAL oleh IFANCA. No. XGNY 08002.
IFANCA= The Islamic Food And Nutrition Council Of America, WWW.IFANCA.ORG
atau WWW.HALAL.COM
LOGO HALAL = M = Terdapat di botol Jus Buah Manggis XanGo®.
Hitam-hitam si tampuk manggis ....
Begitulah hebatnya buah manggis. Malahan ia seringkali dijadikan perumpaan untuk menggambarkan betapa pentingnya kita mempunyai budi bahasa yang tinggi walaupun rupa kita tidak cantik.
Buah manggis juga dikaitkan dengan kejujuran. Jika hendak mengetahui berapa ulas yang terdapat dalam sebiji manggis, kira saja tanda yang ada di kulitnya.
Manggis yang banyak hanya terdapat di rantau ini kini semakin dikenali di dunia terutama di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia setelah kajian dijalankan terhadap khasiatnya.
Muncul lah kini produk yang dikenali sebagai Xango.
Berasarkan pengalaman dan faedah yang saya perolehi, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kehebatan produk ini.